BARAQAH MAJU RESOURCES

Assalamualaikum... Baraqah Maju Resources kini telah membangun dari masa ke semasa, Baraqah Maju Resources kini telah menawarkan perkhidmatan di dalam bidang Aircond Services. Sebarang perkhidmatan boleh hubungi saya terus ke talian
011- 1234 4494 ( akmal ) .





Contoh Rancangan Perniagaan ( kertas kerja )


Contoh Rancangan Perniagaan

Assalamualikum... Ramai juga dikalangan sahabat bertanya sekiranya ada contoh-contoh rancangan perniagaan yang boleh dikongsi bersama... Ini adalah salah satu contoh rancagan perniagaan yang saya dapat dari internet... boleh untuk kita jadikan panduan..

Semoga Bermaafaat

RANCANGAN PERNIAGAAN

RINGKASAN PENILAIAN PROJEK
(Diisi dan dilengkapkan oleh pemohon)


A. Maklumat Am Pemohon .


1. Nama Syarikat/Firma : NONAMA BEAUTY CENTRE
(Firma milik tunggal)

2. Alamat & No. Tel : No. 123, Jalan Bersatu 123,
Taman Bersatu
48000 Rawang

3. Tarikh dan No. Pendaftaran : 25 Julai 2001
01234567 - T

4. Tarikh Beroperasi : 25 Ogos 2001 (Jangkaan)

5. Modal Sumbangan : RM43,600



Nama pemilik Jumlah modal dimiliki (RM)

Sediada
Baru
Jumlah

Nonama bt. Abdullah
No. 123, Jalan Pandan Indah, Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur

RM43,600
RM43,600


6. Jenis Perniagaan : Salon kecantikan
Aktiviti : Perkhidmatan kecantikan dan rawatan kesihatan.

7. Milikan Modal : 100 % Bumiputera

8. Pemilik :











Bil

Nama/Alamat/K.P
Umur

Jawatan dalam firma ini
% modal dimiliki


1.

Nonama bt. Abdullah
No. 123, Jalan Pandan Indah, Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur

K.P : 123456789

33 Thn
Pengurus
100%
Jumlah 100%



B. PERIHAL PROJEK

1. Aspek Teknikal

a) Lokasi Projek

Buat masa ini, perniagaan dijalankan di rumah pemilik sahaja iaitu di Pandan Jaya, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, pemilik akan memulakan perniagaan di premis yang baru disewa di Taman Bersatu, Rawang setelah selesai proses ubahsuaian yang sedang dijalankan masa ini sejajar dengan usaha pemilik untuk memperkembang dan memperbesarkan perniagaan yang pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan. Butir-butir premis baru , kadar sewa dan pemilikannya adalah seperti berikut:-

Alamat Nama Pemilik Bangunan Kadar Sewaan
(Sebulan) Tempoh
Sewaan

No. 123, Jalan Bersatu 123, Taman Bersatu,
48000 Rawang

Christie Enterprise Sdn. Bhd.
RM3,200
3 tahun


Keluasan premis adalah 1400 kaki persegi. Keluasan ini sedah mencukupi untuk menempatkan semua peralatan serta dapat memberikan keselesaan. Susun atur peralatan adalah seperti langkaran pelan lantai yang dilampirkan. Rupa bentuk fizikal premis adalah seperti gambar-gambar yang dilampirkan.

Sehingga masa ini, pemilik telah mengeluarkan wang sebanyak RM 9,600 sebagai bayaran 3 bulan deposit sewa dan perjanjian sewa telah pun disempurnakan.


Premis perniagaan yang berada di kawasan perniagaan Taman Bersatu ini dianggap strategik kerana lokasinya menjadi tumpuan ramai pada setiap hari.


b) Mesin/Peralatan/Kelengkapan Penting Sediada

Walaupun pengusaha telah pun memulakan perniagaan secara kecilan dirumah beliau, namun beberapa peralatan sediada tidak akan dibawa ke tempat baru kerana kurang sesuai.

Bil Jenis Unit Kegunaan




Tiada


c) Mesin/Peralatan/Kelengkapan Yang Akan Dibeli dan Ubahsuai

Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan yang dapat memenuhi keperluan kebanyakan pelanggan, firma telah memutuskan untuk membeli peralatan-peralatan dan membuat ubahsuai seperti berikut :


Bil Jenis Unit Harga Kos
(RM) Pembekal
1 Exercise Table 6 42,000 Maju Beauty Equipment
2 Lymph Impedence / Thermo Motion 1 7,000 “
3 Thermo Jet 1 7,000 “
4 Stelilizer 1 200 “
5 Couch Bed c/w Stool 1 400 “
6 Minifine Glass for Facial 1 200 “
7 Facial Steamer 1 200 “
8 Sprint Bicycle 2 600 “
9 Treadmill Heavy Machine 1 400 “
10 Locker Cabinet 1 2,000 “
11 Mesin Magnetik 4 8,000 Yong Yong Marketing
12 Ubahsuai Lump sum 60,000 Lee Lee Construction


Catatan :

i. Peralatan-peralatan diatas adalah peralatan yang lazim digunakan oleh kebanyakan salon kecantikan seperti ini.

ii. Sebagai perbandingan harga, sebutharga daripada 3 orang pembekal telah diperolihi. Pemilihan pembekal diatas adalah berdasarkan sebutan harga yang terendah. Tempoh sah sebut harga ialah selama 3 bulan.

iii. Spesifikasi untuk ubahsuai adalah seperti dilampirkan. Lee Lee Construction dipilih kerana syarikat ini menawarkan harga yang terendah. Tempoh sah sebut harga adalah selama 3 bulan.

iv. Syarat-syarat pembayaran kepada pembekal-pembekal diatas adalah seperti berikut:-

Pembekal
Cara bayaran
1. Maju Beauty Equipment 25% semasa pesanan dibuat dan bakinya selepas peralatan diterima atau berdasarkan surat jaminan bank.

2. Yong Yong Marketing “

3. Lee Lee Construction Tuntutan pada tahap progress 30%, 50%, 80% dan 100%.




d) Carta alir proses pengeluaran bagi projek-projek yang bercorak perkilangan

Setiap perkhidmatan kecantikan mempunyai cara dan kaedah rawatan yang tersendiri. Cara dan kaedah ini telah dijilidkan dalam buku manual rawatan kecantikan firma. Manual ini merupakan harta intektual firma yang mana merupakan resipi utama dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Manual ini tidak diedarkan bersama kertas rancangan perniagaan ini. Walaubagaimanapun dokumen ini sedia untuk ditunjukkan kepada mana-mana pihak yang berkenaan apabila diperlukan.


e) Penggunaan bahan mentah utama dan pembekalnya

Dianatara bahan-bahan mentah utama adalah seperti berikut:-


Jenis Bahan mentah Kuantiti digunakan sebulan Jumlah kos sebulan Pembekal dan syarat pembelian
Hydro Peeling Gel 2 200 Beberapa pembekal sekitar Kuala Lumpur. Pembelian secara tunai
Fade Cream 2 120
2 Way Foundation 2 120
Toner Oily 2 100
Normal Set 2 500
Oily Set 2 500
Trial Set Normal 6 450
Trial Set Oily 6 450
Facial Scrub 2 100
Whitening Mask 1 50
Collagen Gel 1 50
Moisteriser 1 50
Peeling Treatment (Serum) / Cream 1 50

Jumlah
2,740

Stok awalan yang diperlukan adalah sebanyak lebih kurang RM3,000, iaitu bersamaan dengan 1 bulan kegunaan.

Syarat pembelian adalah secara tunai. Had minima pembelian tidak dikenakan oleh semua pembekal. Harga barang-barang diatas amat stabil dimana turun-naik harga tidak mudah berlaku.


2. Aspek Pasaran

a) Ciri-ciri Umum Produk/servis dan Pengguna .

Firma menjalankan perniagaan pusat rawatan kesihatan dan kecantikan serta khidmat perunding perkahwinan. Perniagaan firma termasuklah melangsing badan, mendandan rambut, rawatan muka dan biomagnetik (rawatan kesihatan yang menggunakan kombinasi akupunktur dan refleksologi), urutan tradisional (urutan biasa dan selepas bersalin), mandian SPA, dan juga persiapan perkahwinan seperti andaman, gubahan hantaran, sewaan baju pengantin, dan lain-lain lagi.

Disamping menjalankan perkhidmatan yang tersebut diatas, firma juga ada menjual pelbagai produk-produk kecantikan dan kesihatan yang kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan wanita.

Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai wanita untuk mencuba dan seterusnya menggunakan khidmat yang disediakan oleh firma. Ini kerana kecantikan merupakan idaman setiap wanita.



b) Pasaran Am

Penjagaan kesihatan dan kecantikan amatlah diambil berat terutamanya oleh wanita-wanita moden masa kini yang amat mementingkan kesempurnaan diri. Ini adalah kerana wanita pada zaman ini banyak berkecimpung di dalam kerjaya profesional dan perniagaan sendiri yang setaraf dengan lelaki. Oleh sebab itu kebanyakan wanita amat mengambil berat tentang keterampilan diri masing-masing agar kelihatan muda, bergaya, sihat, ceria, dan yakin.

Perkembangan industri perkhidmatan kesihatan dan kecantikan pada masa ini adalah amat meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan peningkatan taraf wanita seperti yang tersebut diatas. Perkembangan Belanjawan 2002 yang memberikan kenaikan 10 % kepada kakitangan kerajaan dan bonus tahunan dengan kadar minima RM 1,000.00 juga dijangka akan memberi kesan positif kepada perkembangan industri ini.

Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini adalah kurang berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina. Jika kita lihat dimerata tempat, adalah sukar untuk melihat perniagaan seperti ini yang diuruskan oleh usahawan bumiputera. Sedikit sebanyak, usaha pemilik untuk membuka perniagaan khidmat kesihatan dan kecantikan akan membuka mata masyarakat bumiputera untuk cuba bersaing dalam industri ini.



c) Sasaran Pasaran Syarikat/firma

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada di kawasan Rawang, iaitu:
Taman Rawang Perdana 1 & 2,
Taman Bersatu,
Taman Tun Teja,
Kampong Melayu Batu 16 dan
Kampong Kenanga.

Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya.

Lokasi firma berada di kawasan komersial Taman Bersatu yang berhampiran dengan pusat-pusat perniagaan, perkembangan komersil, klinik pusat beli belah akan memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.



Pelangan-pelangan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut:-
i. Wanita berumor diantara 18 – 45 tahun.
ii. Wanita bekerja.


Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah seperti berikut:-


Kawasan/Taman
Bilangan Rumah
Bilangan Penghuni berKeluarga (*)
Bilangan Pelanggan Sasaran (^)

1. Taman Rawang Perdana 1 & 2
2. Taman Bersatu
3. Taman Tun teja
4. Kg. Melayu Batu 16
5. Kg. Kenanga
3,000 unit

1,500 unit
3,000 unit
1000 unit
1000 unit
1,200 keluarga

600 keluarga
1200 keluarga
400 keluarga
400 keluarga
240 orang

120 orang
240 orang
80 orang
80 orang


Jumlah
760 orang

Nota : (*) 40% dari bilangan rumah dianggar didiami oleh penghuni berkeluarga.

(^) 20% dari bilangan penghuni berkeluargan dianggarkan mempunyai ciri-ciri pelanggan sasaran firma.


Anggaran pendapatan firma adalah seperti berikut:-


Khidmat / Rawatan
Bayaran Perkhidmatan
(RM)
Anggaran Pelanggan Sehari
Anggaran Pelanggan Sebulan
Anggaran
Pendapatan Sebulan (RM)
Anggaran
Pendapatan Setahun (RM)
Biomagnetik 10.00 5 130 1,300.00 15,600.00
Rawatan Muka 80.00 3 78 6,240.00 74,880.00
Perampingan 129.00 3 78 10,062.00 120,744.00
Urut Tradisional 50.00 5 130 6,500.00 78,000.00
Aromatherapi 80.00 3 78 6,240.00 74,880.00
Rawatan Badan 80.00 2 52 4,160.00 49,920.00
Sauna 30.00 2 52 1,560.00 18,720.00

Jumlah 23 598 36,062.00 432,744.00






Ulasan : Anggaran adalah berdasarkan kepada jumlah minima pelanggan yang datang untuk 26 hari dalam sebulan. Bayaran perkhidmatan adalah anggaran bayaran minima yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan. Buat permulaan, hanya aktiviti ini sahaja yang dijalankan. Walaubagaimanapun, apabila aktiviti-aktiviti seperti persediaan perkahwinan, andaman, dan lain-lain mula dijalankan, anggaran pendapatan firma dijangka akan meningkat lagi.

Diandaikan seorang pelanggan sasaran datang mendapatkan satu jenis perkhidmatan dalam masa sebulan. Daripada bilangan pelanggan sasaran diatas, didapati ianya lebih daripada mencukupi untuk menghasilkan pendapatan diatas.


d) Strategi Pasaran firma

Diantara strategi-strategi adalah seperti berikut :

i. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan di premis yang baru. Mutu perkhidmatan akan lebih professional memandangkan perniagaan sudah dijalankan di tapak perniagaan yang sesuai, tidak lagi di rumah seperti sebelumnya.

ii. Memperluaskan kaedah rawatan dengan alat-alat moden. Campuran antara rawatan tradisional dan moden.

iii. Menambah lebih banyak pakej-pakej menarik dengan harga yang lebih murah.

iv. Menjalankan promosi secara “Pelanggan Bawa Pelanggan”. Setiap pelanggan yang membawa pelanggan lain untuk mendapatkan perkhidmatan ini, si pembawa akan dapat satu perkhidmatan secara percuma.

v. Mempelkenalkan kad keahlian dimana setiap ahli akan mendapat potongan keatas bayaran perkhidmatan. Khidmat bimbingan kecantikan dan keterampilan akan diberi secara percuma kepada ahli.

vi. Perkhidmatan akan diberikan dengan penuh beretika dan mengamalkan tahap professionallisma yang tinggi. Motto perniagaan “Kecantikan - Hanya Sentuhan dari Professional”.

vii. Menyediakan perkhidmatan dan pilihan yang lebih banyak kepada bakal-bakal pengantin yang ingin menggunakan khidmat firma.

viii. Mengamalkan sistem booking atau prior appointment untuk mengelakkan pelanggan terlalu lama menunggu.

Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti diatas, firma dijangka akan dapat berkembang dengan baik, dapat menambah pelanggan, dan dapat memberikan perkhidmatan professional yang efektif.


e) Pesaing-pesaing

Firma dianggap sebagai bertuah kerana hanya mempunyai satu pesaing terdekat sahaja iaitu Pusat Persolekan Lily. Walaubagaimanapun, pesaing hanya menjalankan perniagaan kecantikan muka sahaja dan ini tidak begitu menjejaskan perniagaan firma.

Strategi-strategi yang telah dirancangkan diatas dijangka telah memadai untuk bersaing dengan pesaing ini.


3. Aspek Pengurusan

a) Carta Organisasi












Pada masa ini, firma diuruskan oleh Puan Nonama sendiri sebagai Pengurus. Beliau dibantu oleh tiga orang kakitangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri iaitu langsingan badan dan biomagnetik, kecantikan muka, dan perbidanan dan urutan. Firma dijangka akan mengambil dua orang pekerja lagi apabila perniagaan firma beroperasi sepenuhnya kelak.

b) Latarbelakang Pengarah/Pemegang Saham/Ahli Kongsi

Nonama bt. Abdullah
Pengurus

Beliau berusia 33 tahun, berkelulusan Diploma Lanjutan Pentadbiran Perniagaan daripada University Of Central Lancashire, UK pada tahun 1994, dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Middlesex University, UK pada tahun 1997. Pemilik berpengalaman bekerja selama 13 tahun bersama Bank Bumiputra Malaysia Berhad sebagai :

i. 1982-1988 Kerani di Jabatan Trade Finance
ii 1988-1990 Setiausaha kepada Ketua Jabatan
Information & Recovery
iii. 1990-1991 Setiausaha kepada Pengurus
Cawangan Kuala Lumpur
iv. 1991-1994 Penyelaras Kursus di Unit Khas
Bumiputera, Small Business Department
v. 1994-1995 Pegawai Kredit di PWTC
vi. 2000-kini Supervisor di Retail Service Outlet,
Bumiputra-Commerce Bank

Beliau amat berminat didalam industri ini dan telah membuat perniagaan secara kecil-kecilan dirumahnya sendiri sebelum memohon pembiayaan daripada Bank ini. Walaubagaimanapun, beliau masih bekerja tetap di Bumiputra-Commerce Bank Berhad dan dijangka akan menamatkan perkhidmatannya sejurus selepas permohonan pinjamannya diluluskan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.

Tugas utama beliau ialah membuat kerja-kerja pentabdiran, pemasaran, perakaunan dan pengurusan operasi lain.

c) Latarbelakang Pengurus dan Penyelia (ahli pengurusan)


i. Sharifah Aminah - Melangsing Badan & Biomagnetik .

Beliau berpengalaman selama lima tahun di dalam bidang perampingan dan melangsingkan badan. Di firma ini, beliau bertanggungjawab kepada pelanggan yang inginkan rawatan melangsing badan dan biomagnetik.

ii. Shamsiah Mohamad - Bidan .

Beliau berumur 56 tahun dan merupakan ibu kepada pemilik, iaitu Pn. Nonama. Berpengalaman sebagai bidan selama 20 tahun dan bertanggungjawab bagi urutan tradisional, rawatan bersalin, dan rawatan bersunat untuk bayi perempuan.

iii. Norisah Abdullah – Kecantikan Muka

Beliau berpengalaman selama dua tahun dalam bidang persolekan dan bertanggungjawab kepada pelanggan firma yang inginkan khidmat persolekan dan kecantikan muka.



d) Latarbelakang Kakitangan Utama/mahir


Nama & Alamat
No. K/P Umur Kelulusan Pengalaman Jawatan & tugas utama syarikat

Tiada




4. Aspek Kewangan


a. Aset, Tanggungan & Ekuiti.

i. Jumlah Harta (Kos Projek)



PERKARA SEDIA ADA
(00/0/00)
(DERAF)

BARU
JUMLAH
RM'000
% RM'000 % RM'000 %

a) Ubahsuai
b) Peralatan
c) Deposit sewa
d) Pra-Operasi
e) Modal Kerja Bersih
50,000
68,000
9,600
1,000
50,000

28
38
5
1
28
50,000
68,000
9,600
1,000
50,000

28
38
5
1
28
JUMLAH 178,600 100 178,600 100



ii. Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber pembiayaan)


PERKARA SEDIA ADA
(00/0/00)
(DERAF)
BARU
JUMLAH
RM'000
% RM'000 % RM'000 %

Modal Sumbangan
Untung/(Rugi) Terkumpul
Overdraf
Pinj BPIMB – Harta tetap
– M. Kerja

43,600


118,000
17,000
24


66
10
43,600


118,000
17,000
24


66
10

JUMLAH 178,600 100 178,600 100




Nota i : Perkiraan Modal Kerja :-


PERKARA SEDIA ADA
(RM’000) BARU
(RM’000) JUMLAH
(RM’000)

Siberhutang ( bln)
Stok
- Bahan Mentah ( 3 bln)
- Barangan Dalam Proses ( bln)
- Barangan Siap ( bln)
Tunai operasi (3 bulan) *
Lain-lain


9,000


41,000



9,000


41,000
Jumlah 50,000 50,000
Tolak : Sipiutang ( bln) 0 0
KEPERLUAN MODAL KERJA BERSIH 50,000 50,000

* Pengiraan tunai untuk menampong operasi selama 3 bulan pertama seperti berikut:-

Gaji - RM21,000
Sewa - RM9,600
Sewa hawa dingin - RM1,200
Telefon - RM1,500
Air/letrik - RM2,100
Pemasaran & promosi - RM2,700
Lain-lain - RM2,900

Nota ii : Kos Projek (Baru atau tambahan) Dan Sumber Pembiayaannya



Bil PERKARA
HARGA / KOS
SUMBER PEMBIAYAAN
BPIMB Sumbangan

1
2
3
4
5


Peralatan
Ubahsuai
Deposit sewa
Pra-operasi
Modal kerja

68,000
50,000
9,600
1,000
50,000
68,000
50,000


17,000


9,600
1,000
33,000
Jumlah 178,000 135,000 43,600



b. Prestas Lepas/Dijangka




Perkara
Prestasi lalu Prestasi Dijangka (RM’000)

Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Keberuntungan (RM'000)
Jualan
Untung Kasar
Untung Sebelum Cukai
Untung Selepas Cukai
Untung Terkumpul
432.7
364.1
109.5
78.8
78.8
454.4
374.4
108.1
77.9
156.7
477.1
394.8
117.5
84.6
241.3
Ketunaian (RM'000)
Wang Tunai Masuk
Wang Tunai Keluar
Baki Tunai
Tunai Terkumpul

611.3
445.8
165.5
165.5
454.4
386.3
68.1
233.6
477.1
405.2
76.6
310.2
Keselamatan (RM’000)
Harta tetap
Harta semasa
Tanggunggan semasa
Tanggunggan berjangka
Modal & Ikuti

102.8
184.3
30.6
135.0
122.4
87.6
252.8
30.3
110.6
200.3
72.4
329.6
32.9
84.9
284.9
Pulangan Bersih:-
a) Atas Jualan (%)
b) Atas Harta (%)
c) Atas Pelaburan (%)

Pulangan Kasar Atas Jualan
Titek Pulangan Modal (%)
18%
77%
181%

84%
70%

17%
89%
179%

82%
71%
18%
117%
194%

83%
70%
Nisbah Semasa (:1)
Nisbah Segera (:1) 6.01
5.71 8.34
8.03 10.02
9.72



Analisa/Penjelasan :

a) Prestasi Masa Lalu

Tiada

b) Prestasi Jangkaan


i) Firma dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak RM 432,740.00 pada tahun pertama. Purata jualan sebanyak RM 36,062.00 sebulan adalah bersesuaian dengan perniagaan firma yang masih baru..

ii) Syarikat dijangka mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM 78,821.00 pada tahun pertama operasi diikuti dengan RM 77,891.00 dan RM 84,610.00 pada tahun kedua dan ketiga. Ini memberikan pulangan atas pelaburan yang amat menarik.

iii) Unjuran aliran wang tunai menjangkakan firma mempunyai lebihan wang tunai yang mencukupi untuk membayar faedah serta pokok pinjaman.

iv) Kedudukan unjuran keatas nisbah semasa menjangkakan firma berkeupayaan untuk membayar semua hutang semasanya dengan selesa. Dengan ini masalah ketidaktunaian dijangka tidak akan berlaku.

v) Kedudukan unjuran titek pulangan modal berada pada tahap sekitar 70% daripada jualan menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh firma mempunyai nilai sumbangan yang tinggi.



5.0 SENARAI CAGARAN
(Tertakluk kepada syarat-syarat jaminan di bawah skim ini)

i) Perjanjian Pinjaman di antara Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad dengan pemohon.

ii) Senarai cagaran harta tetap yang ditawarkan.

Bil Jenis Harta Nilai pasaran

1.
Rumah sesebuah setingkat seperti berikut:-

Lot PT 585, HS(M) 422
Mk. Pintu Geng
Daerah Kota Bharu

RM130,000


Tanah ini telah pun dinilaikan oleh Juru nilai Rahim & Co. Laporan penilaian adalah seperti yang dilampirkan.

Anggaran nilai cagaran daripada tanah ini adalah seperti berikut:-
Harga pasaran - RM130,000
Harga jualan paksa - RM104,000
Nilai cagaran (80%) - RM83,200

Lindungan cagaran - 62%.

Dua orang penjamin akan digunakan untuk menampung pinjaman yang tidak dilindungi oleh cagaran daripada tanah.


c) Jaminan pihak ketiga oleh :-

Bil Nama No. K/P Pendapatan Bersih*

1.

2.
Ali Bin Yasin

Zakaria Bin Ahmad
6012345

6034567
RM500/bulan

RM400/bulan


*Pendapatan bersih penjamin di atas adalah seperti berikut :-

Nama Penjamin : Ali bin Yasin
Pendapatan Sebulan
(RM) Perbelanjaan Sebulan
(RM)

Gaji Bersih
Pendapatan lain

Jumlah pendapatan (A)

Pendapatan Bersih Sebulan
(A-B)

5,000.00
0.00

5,000.00

500.00
Belanja Sarahidup
Bayaran Balik Kenderaan
Cukai pendapatan

Jumlah Perbelanjaan (B)
3,000.00
1,000.00
500.00

4,500.00


Nama penjamin : Zakaria bin Ahmad
Pendapatan Sebulan
(RM) Perbelanjaan Sebulan
(RM)

Gaji Bersih
Pendapatan lain

Jumlah pendapatan (A)

Pendapatan Bersih Sebulan
(A-B)

5,000.00
0.00

5,000.00

400.00
Belanja Sarahidup
Bayaran Balik Kenderaan
Cukai pendapatan

Jumlah Perbelanjaan (B)
3,000.00
1,100.00
500.00

4,600.00



6.0 JADUAL PENGELUARAN WANG (ANGGARAN)

Pengeluaran Pertama : Ogos 2001

Pengeluaran Terakhir : Disember 2001


7.0 SENARAI LAMPIRAN .

i. Daftar perniagaan
ii. Sebut harga peralatan dan ubahsuai
iii. Pelan susun atur
iv. Gambar premis
v. Unjuran untung/rugi
vi. Unjuran aliran wang tunai
vii. Unjuran neraca kira-kira
viii. Laporan penilian tanah
ix. Borang penjamin



Search This Blog